Karya legal Maimonides

Fail:Mishna tora44.jpgVersi Mishneh Torah baru diperbetulkan, karya utama Maimonides tentang Halakha
Rencana utama: Mishneh Torah

Dengan Mishneh Torah, Maimonides mengarang satu kod syariat Yahudi dengan skop dan kedalaman yang seluas mungkin. Karya itu mengumpulkan semua aturan syariat dari Talmud, dan memasukkan kedudukan Geonim.

Sementara Mishneh Torah sekarang dianggap sebagai pelopor Arbaah Turim dan Shulchan Aruch[petikan diperlukan] (dua kod terkemudian), ia pada mulanya tidak terlepas dari tentangan[petikan diperlukan]. Terdapat dua sebab tentangan ini. Pertama, Maimonides enggan menambah rujukan kepada karyanya untuk keringkasan; kedua, di dalam pendahuluan, dia memberi tanggapan mahu "menggunting" pengajian Talmud[22], sehingga sampai ke satu kesimpulan dalam syariat Yahudi, meskipun Maimonides sendiri kemudiannya menulis bahawa ini bukan niatnya. Penentang paling kuat adalah para rabbi di Provence (selatan Perancis), dan kritikan bertalu-talu dari Rabbi Abraham ben David (Raavad III) dicetak di dalam semua edisi Mishneh. Bagaimana pun, ia diiktiraf sebagai sumbangan agung kepada penulisan Halakha yang sistematik. Selama beberapa kurun, ia dipelajari dengan meluas dan keputusan-keputusan halakhanya dipandang berat dalam penghakiman-penghakiman terkemudian.

Di dalam jawapan kepada mereka yang cuba memaksa para pengikut Maimonides dan Mishneh Torahnya untuk mematuhi penghakiman dalam Shulchan Aruchnya sendiri atau kepada karya-karya lain, Rabbi Yosef Karo menulis: "Siapa yang berani memaksa umat yang mengikuti Rambam untuk mengikuti sebarang pemutus yang lain, terdahulu atau terkemudian?...Rambam adalah pemutus teragung, dan semua umat di Tanah Israel dan Arabistan dan Maghreb beramal menurut kata-katanya, dan menerimanya sebagai rabbi mereka."[23]

Satu pepatah legal yang kerap dipetik daripada karyanya ialah: "Lebih baik dan lebih memuaskan untuk membebaskan seribu orang pesalah daripada menghukum mati seorang yang tidak bersalah." Dia berhujah bahawa menghukum defendan berdasar sesuatu yang kurang kepastian mutlak akan membawa kepada cerun licin beban bukti yang mengurang, sehingga kita menyabitkan kesalahan itu hanya semata-mata berdasarkan ragam tak menentu hakim.[24]

Rujukan

WikiPedia: Maimonides http://www.library.dal.ca/kellogg/Bioethics/codes/... http://www.achgut.com/dadgdx/index.php/dadgd/artic... http://www.aish.com/spirituality/philosophy/Maimon... http://faur.derushah.com/articlesbyhakhamjosefaur.... http://www.derushapublishing.com/siddur-mesorath-m... http://www.encyclopaediajudaica.com/sample-article... http://www.floridajewishnews.com/site/a/major_gran... http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=905&l... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=9... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=12096270...